Pembekal Meja Kantin
(100% dari Kilang Fuzi Dream)
MEJA KANTIN SEKOLAH YANG SESUAI DIPILIH
Kantin merupakan sebuah ruang yang dikhaskan di dalam sekolah sebagai kawasan samada pelajar, staf dan guru-guru sekolah berehat sambil menikmati makanan dan minuman. Oleh itu, pengurus kantin haruslah menyediakan suatu prasana dan kemudahan yang mencukupi untuk memberikan keselesaan kepada para penggunanya. Salah satu perkara dan peralatan yang harus dititik beratkan adalah meja kantin sekolah.
Umum kita ketahui, meja kantin sekolah adalah suatu perabot yang perlu kerana ianya digunakan oleh sesiapa sahaja untuk makan dan minum. Oleh itu adalah penting untuk seseorang pengusaha kantin mengetahui apakah karakteristik meja kantin sekolah yang baik.
Umum kita ketahui, meja kantin sekolah adalah suatu perabot yang perlu kerana ianya digunakan oleh sesiapa sahaja untuk makan dan minum. Oleh itu adalah penting untuk seseorang pengusaha kantin mengetahui apakah karakteristik meja kantin sekolah yang baik.
Pertama, sebuah meja kantin sekolah seharusnya mampu untuk menampung sehingga enam orang dalam satu masa. Ia secara tidak langsung menjimatkan ruangan di dalam kantin itu dan sekaligus memberikan lebih kapasiti untuk pelajar menggunakan kemudahan tersebut. Secara amnya, sebuah pelajar sekolah mampu mencapai sehingga 600 orang termasuk guru dan staf sokongan. Oleh itu adalah perlu untuk memilih meja kantin sekolah yang boleh menampung lebih ramai orang.
Kedua, contoh meja kantin yang baik adalah mempunyai bangku kayu panjang yang mana ianya senang untuk diuruskan dan tidak mudah hilang. Sekiranya pihak kantin menggunakan kerusi plastik, ia mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk hilang kerana kerusi plastik tersebut ringan dan mudah dibawa (jadi, jika menggunakan kerusi plastik, pastikan ianya mudah dilihat atau ada penjaga kantin berdekatan). Jika pihak kantin menggunakan bangku kayu, kebarangkalian untuk hilang adalah rendah. Walaupun anda telah memilih bangku kayu, perlu diingatkan antara faktor lain yang perlu dilihat adalah saiz bangku kayu itu sendiri. Saiz yang ideal adalah bangku kayu tersebut adalah sedikit pendek berbanding dari meja kantin sekolah itu. Ianya perlu supaya bangku kayu tersebut boleh disimpan dengan menolak ke bawah meja kantin sekolah tersebut.
Harga meja kantin kebiasaannya merangkumi dari lingkungan harga bermula RM 850 sehingga RM 1200. Harga tersebut dipengaruhi dari aspek reka bentuk, material, dan jenama. Namun, semakin mahal harga sesebuah meja kantin tidaklah bermaksud lebih berkualiti. Terdapat juga harga meja kantin yang murah namun menjanjikan kualiti yang tinggi.
Di FUZI DREAM, kami menawarkan berbagai bagai jenis meja kantin yang boleh dipilih dan digunakan. Sama ada untuk kegunaan sekolah atau kilang, anda boleh lihat dan pilih dahulu yang mana sesuai dengan keperluan anda. Sila layari laman web ini untuk maklumat lanjut : (Meja Kantin)
Kesimpulannya, memilih sesebuah meja kantin sekolah juga perlu satu proses perancangan yang rapi kerana kebiasaannya pihak kantin akan membeli dalam bentuk pukal. Sekiranya tidak menepati dengan keperluan, ianya membuatkan kos yang dikeluarkan tidak dapat memenuhi keselesaan penggunanya.
- Maklumat Tambahan :
- FUZI DREAM mempunyai 2 buah kilang di Rawang.
- Kliang pertama ialah 100% kilang membuat tilam seperti tilam asrama, tilam high resilient foam, tilam spring, tilam sabut, dan tilam hospital.
- Kilang kedua ialah kilang membuat perabot besi iaitu mengeluarkan perabot besi seperti meja kantin, katil asrama dua tingkat, katil asrama single, meja sekolah, meja peperiksaan, meja karel dan banyak lagi.
Sebarang pertanyaan sila hubungi / whatsapp :
012-346 1163 Pn Radiah
No comments:
Post a Comment