Saturday 28 March 2020

Membekal Katil, Tilam Hospital, & Bantal Hospital dalam masa 3hari di MAEPS Serdang Untuk Persiapan Pesakit Covid Gelombang 3

Bismillah.. KERJA-KERJA MEMBEKAL 400 UNIT KATIL, TILAM HOSPITAL & BANTAL HOSPITAL UNTUK PENEMPATAN HOSPITAL SEMENTARA PESAKIT KUARANTIN COVID-19 DI DEWAN A BANGUNAN MAEP MARDI SERDANG, SELANGOR. Pesanan kecemasan barangan hospital dalam tempoh 3 hari. Agak susah pihak FUZI DREAM melaksanakan kerja ini. Namun, Alhamdulillah, dengan niat membantu urusan kerajaan dan pesakit, insyaallah kerja-kerja ini akan selesai sebelum 3 hari. Apapun pegangan politik kita, pimpinan Perdana Menteri kita adalah yang terbaik untuk menangani masalah covid-19. Beliau mengusahakan hospital sementara ini untuk rakyat tidak kira bangsa, agama, dan ideologi. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga kemasukan pesakit covid-19 yang ramai. Tahniah juga Group CEO Mardi Corp, YBhg Tuan Zaidi Shahrim dan semua anak didiknya. Ini adalah hospital sementara yang terbesar setakat ini. Terima kasih juga untuk semua wira-wirawati barisan pertama kita. Jika Negara China boleh membuat hospital dalam tempoh 10hari, tidak mustahil juga negara kita Malaysia dapat melakukan usaha yang sama..Insyaallah Wassalam Sebarang pertanyaan : En Yusof 013-359 1162 En Shukrie 019-200 7771 www.fuzidream.com

Terima Kasih

Alamat Kilang Tilam :
No.4712-4716 Kawasan Industri
Kg Lee Kim Sai,
Jalan Besar Ipoh-Rawang
48000 Rawang
Selangor

Alamat Kilang Perabot Besi :
No.10 Jalan Rawang SMS Perdana
Kawasan Industri Rawang Perdana
48000 Rawang

Selangor

katil-hospital-tilam-hospital-bantal

Pembekal Tilam Kalis Air Hospital

Pembekal Bantal Hospital

bantal-hospital-murah

Tilam Hospital

Pelapik Tilam Kalis Air

membekal-tilam-hospital-maeps

membekal-bantal-hospital-maeps

membekal-katil-asrama

katil-hospital-harga-tilam


Monday 9 March 2020

Pembekal Meja Workstation Pejabat

Pembekal Meja Workstation Pejabat

Meja Workstation pejabat mempunyai pelbagai nama panggilan yang lebih kurang sama iaitu meja partition pejabat, dinding meja pejabat, penghadang meja pejabat, ruang kerja pejabat dan lain-lain. Apa pun namanya ianya merujuk kepada produk yang sama. 
Harga workstation pejabat adalah bergantung kepada material yang digunakan. Contohnya workstation pejabat yang mempunyai material daripada material kaki meja besi adalah lebih mahal.

Pemilihan meja workstation pejabat yang betul sangat penting untuk menghasilkan produktiviti yang baik untuk sesebuah syarikat. Ia akan membuat kerja kakitangan syarikat lebih lancar, meminimakan stress bekerja, dan membuatkan rasa ‘mood suka bekerja’ menjalankan tugas harian. Pemilihan meja partition pejabat yang bagus bukan sahaja memberi gambaran imej yang baik untuk sesuatu organisasi malah ia akan mewujudkan ‘rasa cinta’ ke pejabat setiap hari. Samada anda bercadang membuka pejabat yang baru ATAU ingin menggantikan meja workstation pejabat yang lama, kami ada beberapa tips yang boleh dijadikan untuk anda.


KENAL PASTI BAGAIMANA ANDA MENGGUNAKAN MEJA WORKSTATION ANDA

Jika Meja Workstation sering Digunakan Untuk Kebanyakkan Kerja Berkomputer / Pereka Grafik :

1) Pilih meja workstation pejabat yang direka khusus untuk penggunaan komputer. Meja workstation pejabat yang bagus untuk penggunaan komputer yang kerap, biasanya mempunyai ruang atau petak untuk menahan CPU di bawahnya. Pastikan juga ianya lengkap dengan lubang pendawaian atau saluran pendawaian untuk sambungan elektrik. Ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia adalah faktor keselamatan untuk pekerja. Sangat perlu untuk kita menyusun wayar elektrik daripada ‘berselirat/ bersepah’ atau berbahaya untuk pengguna. 

2) Jika Meja Workstation Pejabat Sering Digunakan Untuk Membuat Kertas Kerja / Tender :

Pilih meja meja workstation pejabat yang mempunyai permukaan yang membolehkan anda menampung helaian kertas yang banyak, buku-buku yang besar, atau alatulis yang penting. Size meja pejabat yang  dicadangkan ialah meja sekurang-kurangnya 6 kaki lebar dan berbentuk L shape. Anda juga boleh mempertimbangkan meja workstation pejabat yang mempunyai meja sisi atau kabinet yang bercantum dengan meja.

3) Jika Meja Workstation Pejabat sering digunakan untuk akviti pertemuan dan perbincangan.
Pertimbangkan meja workstation pejabat berbentuk "L" untuk membolehkan kerja dan ruang pertemuan. Jika meja workstation pejabat anda sering digunakan untuk aktviti pertemuan dan perbincangan, bentuk L shape adalah yang terbaik.


FUZI DREAM berpengalaman membekal banyak meja workstation / partition pejabat di seluruh Malaysia. Team syarikat kami boleh membuat lawatan ke tempat pelanggan dan boleh memberikan lakaran & pandangan untuk memilih meja workstation yang sesuai mengikut bajet dan keluasan ruang. 


workstation-pejabat-cubical-ruang-kerja-office-partition-pejabat-supplier-meja-pejabat-price-harga
workstation-pejabat-cubical-ruang-kerja-office-partition-pejabat-pembekal-supplier-meja-pejabat-harga-murah
meja-pejabat-workstation-pejabat-cubical-ruang-kerja-office-partition-pejabat-ukuran-pejabat
Meja Workstation Pejabat
Workstation pejabat sesuai untuk gandaan 4 orang kakitangan. Workstation ini mempunyai cermin pemisah di hadapan setinggi 1 kaki. Lengkap dengan laci untuk setiap kakitangan. Tiang/kaki meja workstation pejabat ini diperbuat daripada besi untuk memastikan meja sentiasa berada dalam kedaan kukuh dan stabil. Cermin pada meja workstation ini ialah berketebalan 6mm.
===========

harga partition pejabat
contoh-partition-pejabat
Partition Pejabat

===========
Workstation pejabat sesuai untuk gandaan 6 orang kakitangan. Meja Workstation ini mempunyai cermin pemisah berketebalan 6mm di hadapan setinggi 1 kaki. Lengkap dengan laci untuk setiap kakitangan. Tiang/kaki meja workstation pejabat ini diperbuat daripada besi untuk memastikan meja sentiasa berada dalam kedaan kukuh dan stabil. Kami telah membuatkan anggaran ruang size yang diperlukan untuk meletakkan keseluruhan set workstation pejabat ini. Tuan/Puan boleh rujuk pada gambarajah yang disediahka. Sebarang pertanyaan, boleh segera hubungi kami.