FUZI DREAM merupakan kilang perabot bumiputera yang telah ditubuhkan pada tahun1991. Kami membekal Perabot Asrama, Perabot Pejabat, Pembekal & Perabot Sekolah. Kami juga merupakan satu-satunya kilang tilam bumiputera yang aktif membekalkan tilam asrama, tilam high resilient foam, tilam latex. Produk lain kami ialah katil asrama, katil double decker, katil single, almari asrama, locker asrama, meja pejabat, meja sekolah, meja peperiksaan, meja kantin, meja pejabat, & office partition.
Salah satu proses menyediakan kulit 𝗧𝗶𝗹𝗮𝗺 𝗛𝗼𝘁𝗲𝗹 dari kilang 𝗙𝗨𝗭𝗜 𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠. Proses membuat tilam dibuat 100% dari awal hingga akhir di kilang kami. Kilang ini dimiliki penuh oleh Puan FUZIAH ABDULLAH (FUZI DREAM) dan anak-anak yang berasal dari Perak dan suami yang berasal dari Terengganu. Kami adalah satu²nya Kilang Bumiputera yang membuat barangan perabot hampir "𝟭 𝗦𝘁𝗼𝗽 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲" untuk kebanyakkan pelbagai jenis 𝗧𝗶𝗹𝗮𝗺, membuat 𝗞𝗮𝘁𝗶𝗹 𝗕𝗲𝘀𝗶, membuat membuat 𝗞𝗮𝘁𝗶𝗹 𝗗𝗶𝘃𝗮𝗻, membuat 𝗙𝗼𝗮𝗺, membuat Perabot Sekolah, dan pelbagai jenis perabot lain.
Proses pembuatan boleh dilihat dengan jelas di Kilang kami seluas 3 ekar yang berada di Rawang Selangor. Untuk sampai ke peringkat ini, team dan kakitangan kami berdedikasi telah melakukan banyak pembelajaran, RnD, kajian pasaran, kajian material barangan, sourcing pengggunaan sumber bahan mentah terbaik dan mempelajari teknologi mesin yang mempunyai produktiviti tinggi.
Untuk mendapatkan bahan mentah dengan murah dan tidak terjejas dengan ketidakstabilan harga di pasaran tempatan, kami telah berjaya mendapat 𝗜𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗶𝘁 𝗔𝗣 mengimport pelbagai jenis material seperti Besi &
Kayu. Kami menghargai setiap sokongan moral yang telah diberikan oleh Tuan/Puan semua.
FUZI DREAM merupakan pengeluar dan pembekal tilam lompat tinggi di untuk sekolah-sekolah di Malaysia. Tilam lompat tinggi untuk sekolah ini dihasilkan di kilang kami sendiri kerana kami merupakan pembekal dan kilang yang mengeluarkan material foam khas yang digunakan untuk akviti lompat tinggi di sekolah.
Tilam lompat tinggi ini diperbuat dari pelbagai size custom mengikut kehendak dan citarasa sesebuah sekolah. Namun size yang biasa digunakan ialah 6 x 4 x 1 dan akan digunakan sebanyak 4 keping tilam lompat tinggi.
Tilam lompat tinggi ini perlu dibalut dengan kanvas yang berkualiti agar tilam lompat tinggi ini tidak mudah koyak atau berlubang akibat daripada hentaman, atau pijakan dari atlet-atlet yang menggunakan tilam lompat tinggi ini untuk tujuan latihan atau pun pertandingan di sekolah.
Tilam lompat tinggi ini juga perlu dibalut dengan material kalis air kerana kemungkinan aktiviti ini terdedah kepada cuaca hujan.
Tilam lompat tinggi ini mudah dikendalikan kerana mempunyai pemegang di kiri kanan tilam. Selain itu tilam lompat tinggi ini tidak terlalu berat dan mudah dikendalikan oleh pelajar sekolah untuk keluar masukkan tilam lompat tinggi ini dari stor sukan sekolah.
Sebarang pertanyaan atau tempahan untuk tilam lompat tinggi ini boleh dilakukan samada menelefon atau menghantar email kepada kami di 012-346 1162 atau fuzidream1@gmail.com
Katil Divan ialah sejenis katil yang diperbuat daripada kayu. Samada katil divan size king, katil divan queen, katil divan size super single atau katil divan single, ke semua katil ini tidak mempunyai kaki atau tongkat (kecuali pelapik katil). Kelebihan katil divan yang utama ialah, ruangan di bawah katil kurang tersimpannya habuk. Kekurangan katil divan pula ialah katil ini tidak boleh menyimpan ruangan di bawah katil.
Katil jenis divan biasanya akan di salut dengan fabrik lembut atau pun fabrik pvc.
Ada banyak faktor² yang perlu dibuat dalam menentukan katil divan terbaik. Harga katil divan yang murah atau mahal tidak dapat ditentukan samada ianya berkualiti atau pun tidak kerana katil divan akan dibungkus / dibalut dengan fabrik dengan menyembunyikan kelemahan struktur divan seperti kualiti kayu yang tak sepatutnya dijadikan katil divan. Ramai pembeli selalu terpengaruh dengna set katil divan yang murah. Tetapi tahukan anda teknik dan tips memilih katil divan terbaik? Berikut adalah rujukan untuk dikongsikan bersama.
Tips dan Faktor pemilihan Katil Divan Terbaik :
1. Jenis Kayu
Amat malang sekali jika kita terbeli dan terpengaruh dengan iklan katil divan murah yang hanya menggunakan kayu jenis serbuk seperti : CHIPBOARD, MELAMINE atau MDF. Kayu jenis ini berasal daripada lebih serbuk kayu. Pengilang hanya perlu mencampurkan serbuk tadi bersama gam dan lalu terjadilah kayu jenis ini.
Kayu jenis ini akan membuatkan struktur set divan kita menjadi kembang jika terkena air. Jika kita pindah rumah, jika skru dipasang dan cabut semula skru, maka akan terjadi lubang yang sukar ditutup dan tidak boleh skru di tempat yang sama.
Kayu jenis serbuk ini banyak digunakan untuk promosi katil divan murah di banyak kedai perabot. Pembeli sukar kenal pasti jenis kayu yang digunakan kerana katil divan biasanya akan dibungkus dibalut dengan fabrik. Tidak ada ruang untuk melihat jenis kayu yang digunakan untuk divan ini.
Ada beberapa tips yang terbaik untuk menguji jenis kayu divan yang digunakan, Caranya ialah dengan menyuruh penjual tadi bersama beberapa orang pekerja berdiri di atas lantai katil divan tadi. Cubaan menguji katil ini, mestilah dilakukan di hadapan anda.
Cara yang lain ialah, di bawah katil divan biasanya ada satu pembalut kain berwarna hitam yang telah di Stapler. Minta kedai tersebut untuk membuka kain yang telah di stapler tadi. Buka sedikit dan semak jenis kayu yang digunakan.
2. Jenis Bracket Penyambung Mestilah diperbuat daripada Besi
Komponen ini sangat penting. Sebab ia akan menyambung kepala divan dan juga lantai divan. Ada banyak divan murah di pasaran menggunakan bracket plastik sebagai penyambung. Ini sangat tidak disyorkan sebab bracket penyambung plastik mudah patah dan mempunyai tarikh luput. FUZI DREAM menggunaka bracket penyambung besi tebal dengan material Gulvanise. Material ini tahan lasak, tahan karat, dan takkan patah. Ada banyak katil divan yang murah di pasaran hanya menggunakan bracket plastik sebagai penyambung katil divan. Sila lihat contoh gambar di atas.
3. Jenis Pembalut PVC / Sintetik Leather mestilah tebal sekurang-kurangnya 0.8mm
Komponen pembalut untuk katil divan ini juga sangat penting. Ada banyak kes pembalut katil divan koyak sebelum usia kerana menggunakan kan fabrik sekitar 0.4mm - 0.6mm. Pembalut PVC seperti ini tidak sesuai sekali dijadikan balutan kepada katil kerana ianya nipis dan mudah koyak. Tekanan dan tindihan badan akan membuatkan pembalut ini menipis dan koyak. Pembalut PVC Leather yang baik untuk katil divan mestilah sekurang-kurangnya berketebalan 0.8mm tidak kurang.
=============================================
================================
TERCARI-CARI KATIL DIVAN MINIMALIS?
KUKUH, LASAK, KAMI TAK GUNA KAYU SERBUK..
PROMOSI Katil Divan FUZI DREAM
Kami tidak menggunakan sebarang kayu serbuk yang rapuh.
Fuzi Dream sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengilang, membekalkan dan menyiapkan kelenkapan perabot di Hospital Sementara Covid-19 di MARA EXCELLENCE CENTRE (MEC), Seberang Perai, Pulau Pinang.
Pesanan ini perlu dilakukan segera kerana pihak hospital memerlukan perabot hospital ini dalam tempoh 3-5 hari sahaja. Perkara yang sama telah diminta oleh pihak Hospital Sementara Covid-19 MAEPS Serdang. Alhamdulillah, kedua² tempat ini siap dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Antara barang-barang yang diperlukan ialah katil dua tingkat, katil single, tilam hospital dan bantal hospital. Kedua-dua barangan ini dihasilkan dari kilang kami. Proses mengilang katil double decker dan katil 1 tingkat dilakukan dengan giliran shift bekerja 12jam dan dihantar menggunakan 7 buah lori sendiri dan tenaga kerja lebih 50orang.
Tak perlu disangkal lagi, Malaysia adalah antara negara yang terbaik yang telah membuat banyak usaha menangani tularan pendemik covid-19. Antara langkah yang harus dipuji ialah mengadakan fasiliti hospital yang cukup untuk menampung pesakit positif untuk dikuarantin.
Kerangka holistik Bantuan Prihatin Nasional :
Ini adalah salah satu usaha kerajaaan Malaysia yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin. Rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas akibat wabak COVID-19 akan menerima dan boleh memohon pelbagai bantuan serta inisiatif yang digariskan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan kerajaan.
Selain Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM20 bilion yang diumumkan pada 27 Februari, rakyat juga boleh menikmati pelbagai bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mac lalu.Kedua-dua pakej yang keseluruhannya berjumlah RM250 bilion bertujuan melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.
Gandingan usahasama kerjasama kerajaan, swasta dan NGO
Dalam menangani krisis, ia bukan sahaja melibatkan usaha daripada kerajaan semata-mata.
Pelbagai pihak ambil peranan.
Setiap lapisan masyarakat, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut berperanan besar dalam memutuskan rantaian wabak ini.
Beberapa buah hotel sebagai contoh telah menawarkan kepada kerajaan untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin.
Malah, telah ada hotel seperti di Cyberjaya telah pun mula memberi perkhidmatan sebagai pusat kuarantin kepada mereka yang baru pulang dari luar negara. Antara pencapaian terbesar negara ialah menyediakan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS di Serdang mampu menempatkan lebih 5000 pesakit di dewan MAEPS.
Akhir kata, mari kita sama² teruskan momentum barisan hadapan pemutus rantaian wabak, duduk rumah, kekal tenang dan sama-sama kita hapuskan COVID-19.