Mengilang & Memasang1000unit Katil Double Decker, Katil Single Bujang, Katil Hospital, Tilam Hospital Kelengkapan Hospital Covid-19 di MARA EXCELLENCE CENTRE (MEC), Seberang Perai, Pulau Pinang
FUZI DREAM merupakan kilang perabot bumiputera yang telah ditubuhkan pada tahun1991. Kami membekal Perabot Asrama, Perabot Pejabat, Pembekal & Perabot Sekolah. Kami juga merupakan satu-satunya kilang tilam bumiputera yang aktif membekalkan tilam asrama, tilam high resilient foam, tilam latex. Produk lain kami ialah katil asrama, katil double decker, katil single, almari asrama, locker asrama, meja pejabat, meja sekolah, meja peperiksaan, meja kantin, meja pejabat, & office partition.
Friday, 26 March 2021
Mengilang & Memasang1000unit Katil Double Decker, Katil Single, Katil Hospital, Tilam Hospital Kelengkapan Hospital Covid-19 di MARA EXCELLENCE CENTRE (MEC), Seberang Perai, Pulau Pinang
Saturday, 27 February 2021
Katil Double Decker Asrama - Katil Single Asrama (Kemasukan Teknologi ROBOTIC ke Kilang Fuzi Dream)
Bismillah..
Permulaan kemasukan berperingkat teknologi Robot, Mesin² CNC dan Laser ke kilang kami untuk proses membuat katil double decker.Kami mengambil keputusan ini kerana, menerima banyak tempahan untuk mengeluarkan katil dalam tempoh yang singkat. Sebagai contoh, syarikat FUZI DREAM, merupakan pembekal katil double decker untuk Hospital Covid 19 MAEPS Serdang, di Pulau Pinang, dan banyak tempat² yang lain. Tidak ada cara lain lagi untuk menghasilkan katil double decker yang cepat melainkan penggunaan teknologi terkini.
Antara kelebihan teknologi teknologi Robot, Mesin² CNC & Laser untuk membuat katil besi :
1) Kerja² berbahaya dan berisiko kepada manusia dapat dikurangkan. Pekerja sediaada ditukarkan kepada bahagian kurang berisiko.
2) Mutu dapat ditingkatkan dan hasil kerja lebih berkualiti. Katil Double decker akan di welding secara kemas tanpa tompokan
3) Masa yang lebih cepat. Kos per unit barangan dapat direndahkan dengan pengeluaran maksimum. Robot boleh bekerja tanpa penat dalam 2 shift hanya menggunakan beberapa orang tenaga manusia untuk mengawal panel komputer robot.
4) Lebih sisa (wastage) dari bahan mentah akan berkurangan sekaligus mengurangkan kos bahan.
Dalam keadaan manual, banyak kesalahan memotong besi yang mengakibatkan banyak pembaziran. hasil robot akan memastikan kesalahan adalah minima.
Disebabkan kami dapat "bahan mentah" pada harga agak tinggi maka HANYA dengan 'teknologi' sahajalah satu-satu cara yang boleh membantu kami untuk bersaing dengan Tycoon. Insyaallah..
"Semoga peralihan teknologi ini bermanafaat kepada semua".
Alamat Perniagaan Terkini:
Factory 1 (1.55 ekar) : (Kilang Tilam)
No.4 Jalan Perusahaan 4,
Kawasan Perindustrian Batu 17 48000 Rawang,
Selangor.
Factory 2 (1.55 ekar) : (Kilang Perabot Besi & Kayu)
N0.6 Jln Perusahaan 4,
Kawasan Perindustrian Batu 17 48000 Rawang,
Selangor
Maklumat Perhubungan:
Tel (Pej) : 03-6091 4848
Tel. (H/P) : 019-600 8705 @ 012-346 1163
Email : fuzidream1@gmail.com
Maklumat lanjut Syarikat :
www.perabotsekolah.com
www.pembekaltilam.com
www.perabotpejabat.com
www.pembekal-perabot.blogspot.com
www.pembekal-perabot-asrama.blogspot.com
#kilangtilam
#kilangkatil
#kilangbumiputera
#kilangperabotbumiputera
#perabotasrama
#tilamasrama
#katilasrama
#katildoubledecker
#lockerasrama
#katilsingle
#katilqueen
#tilamhotel
#mejasekolah
#mejapejabat
Friday, 15 January 2021
Bismillah,
Pelbagai usaha kerajaan harus dipuji untuk memastikan rakyatnya sentiasa dijauhi penyakit covid-19. Sehingga tanggal 15 Januari 2021 lebih 3000 kes sehari telah direkodkan. Tempat kuarantin semaki sesak dan padat.
Sebanyak 1500 katil double decker dan 3000 tilam hospital telah dihantar dan disusunkan di dalam beberapa dewan utama di Hospital MAEPS Serdang. Menurut maklumat ramai, Hospital ini boleh menampung sehingga 10,000 orang pesakit dan ia merupakan Hospital terbesar untuk menempatkan pesakit-pesakit bergejala.
Memandangkan tempat agak terhad, penggunaan katil dua tingkat adalah terbaik kerana ianya menjimatkan ruang yang ada di Hospital MAEPS.
Ciri-ciri katil double decker yang kami bekalkan kepada pihak MAEPS ialah tiang katil yang besar dan tebal berukuran 2inchi dan mempunyai pelapik papan 12mm. Katil ini cukup ampuh untuk menampung berat badan size normal orang Malaysia. Katil kami ini dilengkapi ujian SIRIM khas dibuat dari kilang kami. Kilang kami berada di Rawang Selangor seluas 3 ekar.
Manakala tilam yang dibekalkan ialah jenis tilam hospital kalis air. Tilam hospital ini mudah untuk dikendalikan dan untuk di sanitasi. Sehingga pada hari ini, kes covid terus meningkat. Hospital Maeps merupakan inisiatif dari pihak kerajaan yang terbaik untuk menempatkan pesakit yang bergejala.
Kami ingin mengambil kesempatan ini, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada fronliner yang berada di hospital maeps samada yang terlibat atau tidak terlibat secara langsung. Kami doakan agar penyakit ini segera hilang di muka bumi dan selamatlah hendaknya semua rakyat Malaysia.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan , sila lawati website kami di www.fuzidream.com atau pun di www.pembekaltilam.com














































































































